Tuesday, March 31, 2009

Injured

Tolongg!! Tolongg!!
Tengok la ape jadi kat siku aku ni, sakit wehh
Tadi pagi kan, aku nak cepat..
Masuk keje pukul 7am, tapi pukul 645am aku baru nak masuk keta..
Nasib baik ofis dekat, sampai lambat 3minit..hik

Biasa la, siap2 kan breakfast untuk hubby dulu
Pastikan dia ready semua, takde tinggal pape barang dia sebelum die balik Lumut
Kitorang keluar rumah same2
Pastu aku tergopoh gapah la nak masuk keta
Skali gedebukk!!
Siku aku langgar pintu keta daa..
Kuat giler, aku leh rasa tangan kanan aku ni gegar2 tau
Aku tau korang mesti cam takleh imejin kan
Aku pon susah nak terangkan, tapi yang pasti ni la hasilnye
Sampai ofis denyut2 lagi siku aku ni
Tengok2 duhh merah..
Mesti lebam esok ni..huhu



Support Earth Hour

My Earth Hour at home..ngeee..nampak x hubby main PS3 dlm gelap gelita..ehek



Saturday, March 28, 2009

Yuna - Dan Sebenarnya


Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

[Bridge]
Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku


First time dengar lagu ni, aku terus tertanya2 sape la nyanyi lagu ni. Lagu ni Aisyah AF7 tu bawak mase konsert pertama ri tuh. Bila tengok die bawak cam comel2 aje..teros jatuh suka lak.

Thursday, March 26, 2009

Welcome March Babies..

Ehh jgn terus buat assumption saya nak buat pengumuman tentang saya lak eh?hehe..no..not me..Tapi saya nak ucapkan Congratulation pada few people yang saya kenal.



Congratz tu Nadia, with her baby boy. Lupe la date dia..haish lupe nak tulis. Nadia ni first cousin Hubby. Dia kawin 2 weeks after ours =)

Pada Catlina, a friend of mine from school. Congratz Catlina dear on ur 1st baby, Nur Dayana Insyirah pada 18March. Amat comel tau baby gal dia tau. Ni ada saya curik pic from her blog untuk di tepekkan kat sini.

p/s: birthday E-ein same dengan ankel Prop la, nnti leh celebrate same2 ;p



My congratulations also to Tina yang juga baru melahirkan baby sulungnya pada 20March, a boy diberi name Elyas Mikhail..Tina nye baby xcukup bulan, tapi alhamdulillah semuanya selamat. BabyE sihat, tapi still kene di monitor lagi kat hospital. Nak letak pic tak berani la, sebab Tina sendiri belum update blog die kan. But if nak bace boleh try blog Peej aje. Tina ni my junior mase kat MRSM dulu. A fun gal to be with.

Congratulations also to my besties, Ida and Aya. Both are my gal frens kat Lumut. They are actually wives kepada Hubby nye besties kat sane. So automatically become mine also la kan..If i turun Lumut, mesti ajak all the wives lepak2 sesame. The guys will sat at 1 place, and us the wives at 1 place gossiping..haha
Ida telah di operet pagi tadi. Ida terpakse dioperet sebab dah terlebih due date. Dah lebih dari seminggu jugak la, so dokter tu cakap operet aje. Alhamdulillah baby boy dia sihat. Pic tader, tunggu la visit diorang nnti leh amik pic banyak2.
While Aya lak selamat selamat melahirkan pukul 5.26pm tadi. Dapat baby gal. X sabar nak tengok. Mesti putih melepak like the parents.
Tumpang happy for them, mintak2 lepas ni rezki saya pulak...hehe..aminn
Nota: x sabar tunggu bulan 5 for my SIL punye turn lak..ape la auntyWa nak belikan eh?hmmm

Wednesday, March 25, 2009

Cookies

Cuti keja 2hari, duit gaji belum masuk lagi..memang bosan..haha! Kalau gaji dah masuk atleast boleh la jalan2 cuci2 mate kan. Bila boring2 mcm ni mula la fikir nak buat something. So saya memilih untuk memasak, hehe..Barang2 dapur banyak yang dah habis, nak x nak kene la keluar. Mulanya nak pegi Giant Kinrara aje, tapi malas pulak nak bersiap beriye2. Pergi dekat2 aje la, pergi Pasaraya Bintang. Pusing punye pusing punye pusing, berjaya beli barang2 dapur sikit. Yang selebihnya tunggu Hubby balik nnti. Malas nak mengangkut banyak2. Beli barang yang nak masak aje.

Mase pusing2 Bintang tu, lalu dekat bahagian bahan2 buat kek. Tetibe rasa nak bake sumting. Terpandang kotak tepung ready made untuk buat cookies. Macam best aje tengok gambar die. Harga pon boleh tahan. So rembat aje laa, buat cuba2 aje kat rumah.

So tadi cuba la buat cookies ni. Peralatan mixer semua dah ada kat rumah. Mase raya hari tu Mama ada kasi mixer lame yang die gune dulu. Mentang2 dia dapat mixer baru, jenama Kenwood lagi..Dah la dapat free. Mintak Mama yang tu, die x kasi..Dukut tau mama saya..hehe


:: sebelum ::



:: Selepas ::

Bau die, perghhhh...Tapi rasa dia biasa2 aje la. Tepung Nona ni x best (hehehh, salahkan tepung pulak). Kat gambar tu ada choklat cip. Tapi takde pulak. Kalau tau takde, mesti smalam beli siap2 choklat cip kat Bintang tu. Tapi ok la kan, for a start..Nanti nak try buat cookies from scratch pulak. Takmo dah pakai tepung2 readymade ni..hehe


Saturday, March 21, 2009

3hari, 2malam di IJN

Tajuk bukan main macam percutian aje kan? Memang la kene amik cuti, tapi bukan la macam percutian pegi tepi laut gitu..hehe.. Abah yang kene bercuti kat hospital. Bulan lepas lagi Abah dah book date 18Mac untuk di admitted kan ke wad kat IJN ni. Kenape? Hari tu Abah cek kat hospital kat JB and dokter tu detect ada block kat jantung. Oleh sebab Abah dah penah buat Angiogram surgery kat IJN ni mase 2005, so Abah terus call for an appointment untuk buat lagi.


Abah sampai KL rabu tu, dalam pukul 12 camtu. Terus pick me up kat rumah, and i drove them to IJN. Sebelum tu lunch dulu kat Tupai2..Dah kerap sgt makan kat sini, sampai dah x tau nak amik lauk ape dah kat Tupai2 ni. Tapi ok la, takde la jemu lagi..hehe..Sampai IJN dlm 130pm..Tunggu abah setel2kan register ape semua, sebelum misi tu bawak kitorang pi kat wad Kenanga tu.



:: Abah test katil die best ke x ::




:: Mama lak take turn ::




:: permandangan dari tingkap, ok la tu nampak KLCC...takde la Abah busan memalam..ekeke ::


Untuk 1st day ni takde ape2 menarik pon. Buat standard procedure aje, amik darah la, cek sane sket, sini sket.. Surgery akan buat esoknye tu. So untuk hari ni, kitorang rilex2 aje menikmati suasana hospital.Mintak bilik untuk 2 org, tapi katil seblah takde org. SO buat macam bilik sendiri aje la. Lepak2 tengok tv, nasib ada la beberapa cenel Astro. so tv sane boring, tengok tv sini pulak..kadang2 bukak konsert Af (walaupon x best mane). Lepas tu tengok Jula Juli la, tengok spaQ la..pastu baru tingat nak balek..Seblum balik, pastikan Abah makan ape semua, sebab lepas tu Abah kene 'puasa' takleh makan dah.

Hari Kamis esoknye tu, pagi2 pukul 650 Abah dah call. Abahnye Angiogram tu nak buat awal, pukul 7..Cepat2 kitorang bersiap, dalam pukul 8.30 gerak pi IJN. Tau2 aje la pagi2 jalan Tun Razak tu mesti jem, tapi nasib kami baik gak la..takde la jem sgt, kire dalam 30minit dah sampai. Sll tak jem 20minit la nak sampai area sane. Sampai bilik Abah, die dah selesai dah, tengah tdo. Saya x amik gambar Abah mase ni, x sampai hati pulak nak amik gambar org tengah sakit. Lagi2 la kalau ada sangkut paut ngn saya kan.

Mesti ramai x tau ape Angiogram surgery tu kan?aku nak terangkan pon x bape pandai la.. Sila wat la rujukan memane. hehe.. Yang pasti dengar Abah cerita pon aku dah ngeri. Abah kene tebuk sket kat celah kelengkang, pastu ada tiub akan dimasukkan dari celah kelengkang tu sampai ke jantung melalui urat saraf. Korang leh imejin x? Ada stengah org depa tebuk kat tangan, same jugak..masuk tiub jolok2 bengkok2 sampai ke jantung. Cam susah la sket perjalanan tiub tu kalau dari tangan. Dari kelengkang tu cam senang la sket, straight aje kan. Tapi Abah cakap tetap sakit la walaupun bius..sll nye buat Angiogram ni sekejap aje, tapi 6jam lepas Angiogram ni Abah takleh bangun, takboleh gerak2..Makan minum kene baring aje la. Tapi musykil pulak, sebab dokter kate takde pon block ke ape..hmmm

Sepatutnye dalam pukul 330 dah boleh dah bangun, tapi kitorang yang x kasi abah bangun. Biar aje die rehat kat situ. Bukan abah aje rehat, kitorang pon siap leh lelap2 kat seblah. Siap rembat kerusi malas kat katil seblah tu baring2..Nasib katil seblah memang kosong, kerusi die pon kitorang amik nak wat alas kaki senang nak melunjur2..tapi takleh nak tdo nyenyak2 pon, sekejap2 makcik datang, kang lepas tu pakcik lak datang..petang2 sket mertue saye pulak datang.

Esoknya Hari Jumaat Abah dah boleh discharge dari hospital. Mulanya kami plan nak keluar pukul 12. Tapi lambat la misi tu setel kerja2..Nak amik ubat pon lambat, Last2 pukul 130 baru kami keluar dari IJN tu. Bawak Abah n Mama pegi lunch dulu, lepas tu teros balek rumah. Kebetulan Bob kerja half day, so mintak die drive bawak keta Abah balik JB. Abah boleh bawak keta, cume kitorang nak die rehat betol2 la..kang berdarah balik pulak tempat yang surgery tu kan. Lepas aje Abah, Mama bertolak balik ke JB, tetibe aku lak rasa nak demam. Tapi tahan kan aje la..Mula2 tu sakit2 tekak aje, lame2 selsema..Malam tu semput. Memang takleh tdo. Tapi nak amik mc tak sampai hati pulak, sebab dah cuti 4ari..gagahkan jugak la kerja ni..huhu..


:: yang adooo, sementara tunggu misi siap2 kan ubat. Abah pegi jalan2 sembang2, anak die amik peluang tdo2..haha ::

untuk rujukan: heart.kumu.org , health.yahoo.com or korang leh jugak try website2 lain. google aje

Thursday, March 19, 2009

birthday present

Ni la hadiah untuk Hubby. Game untuk PS3. Jenuh jugak la nak beli, sebab x tau ape game yang top sekarang. 2,3 kedai saya pergi untuk survey2 game yang tengah top. Semua kedai cakap Resident Evil. Last option yang ada adalah call biras saya, Rosli yang jugak hantu game. Nasib dia x kerja. Rupanya Rosli pon belum main game ni, tapi dia offer diri untuk call Hubby and berlakon2 untuk tanye sendiri pendapat hubby. So hubby pon beriya2 la suggest a few game yang ada kat market sekarang. Haha, tq Rosli. Nasib baik hubby and Rosli mempunyai interest yang sama.


Tapi game ni menakutkan la, macam suspen2 gitu..haha, ada zombie2 kan. Dah la kami berdua memang penakut. Hubby takan main game ni if dia sorang2. Game ni boleh main 2org..tapi jgn harap la saya nak main sama.. ;p

Selain game ni, ada hadiah lain jugak saya belikan. Mulanya nak kasi bulan depan aje, sempena our 1st Anniversary. Tapi sebab x sabar nak tengok reaksi Hubby, so saya kasi aje dedua. Bulan depan?hmm kene cari idea lain pulak. Apa ye?


Wednesday, March 18, 2009

Birthday lagi!!

Happy Birthday my Dear Hubby!!
Loving you is like food to my soul *wink*



Card yang dibeli, dan akan di pos. I think the card is cute, especially the words in it. Memang menunjukkan sifat2 yang ada kat hubby, haha..

Hadiah?Tak boleh tunjuk nnti x surprise for him..kehkeh ;p




Monday, March 16, 2009

Birthday!!



Happy 23rd Birthday to Nurameera Ilyas, my sis in law!!
Sila fokus gambar cake ni, pregnant lady on top..ekeke..comel kan? Sebab entry untuk SIL ytang sedang preggie ni, gigih la kakak ipar die ni mencari kat internet segala gambar kek. Sll kat oversea banyak la pilihan, kat Malaysia x banyak. Tapi haritu dapat jugak la cari website yang buat kek mcm ni, and the best thing is, around KL aje..

Nnti ada rezki aku pregnant, please kasi cake camni eh..cam comel ala2 gedik seksi aje rasa.. ;p




Kenduri CikLeen & Yob

Selamat Pengantin Baru CikLeen & Yob
semoga perkahwinan yang dibina atas kasih sayang ini berkekalan dan bahagia hendaknye sampai ujung nyawa. Aminn..
CikLeen dan Yob merupakan ex ofis mate saya. Sekarang die kat department lain, tapi seblah aje dengan kami. Takde la jauh pun, masih boleh menyapa2 lagik la. Mula2 macam x pergi aje kenduri cikleen ni. Siap dah wish in advance dlm Facebook lagi. Tapi fikir2 takut pulak seblah Yob nnti takleh pegi, so pujuk2 hubby la balik jugak JB. Memang x menyesal, dapat tengok pengantin yang comel lote, cantik, anggun, sweet..iskk x tau nak describe. Amat cantik berseri2.Congratz ye CikLeen, Yob.
Dibawah ni gambar2 gedik kami bersama pengantin pulak ye, selamat mencuci mate..
Dari kiri:- Sue, GEMOK, Ely, Eme, Hud

Hud dan GEMOK



Home Sweet Home..

Setelah sekian lame, dapat jugak la kami mencuri mase balik JB. Walaupun rumah x besar, comel aje..tapi aku rindu rumah aku ni. Rindu bau rumah. Rumah korang ada bau x?Bau ni mcm korang bau kat rumah aje. Tempat lain memang x terbau la camtu. Bau yang buat korang rasa comfy, selesa, ntah macam2 perasaan la. Bile cium aje bau2 gitu rasa lega, tenang sgt. Aku mcm tu la kalau dapat balik JB. Kadang2 kalau x dapat balik, mama datang KL kan...So aku akan ciyum2 beg baju mama..sebab cam ada bau rumah jugak sikit2..haha..mama sll cakap aku pelik.


Nota: Gambar ni di ambil mase nak balik dah smalam. Gonna miss home skali lagi.




Sunday, March 15, 2009

Fatin Edura & Yani (Tangkak)

Minggu ni kenduri menyambut menantu kat seblah pihak pengantin lelaki (Yani). Mulanya malas jugak nak pergi, tapi bile fikir2 pegi aje la kan. Bukannye keje pon. Lepas tu boleh gerak balik JB pulak, memandangkan Ahad tu kenduri CikLeen pulak.
Kami mulakan perjalanan dari Kinrara dalam pukul 10 mcm tu. Singgah sebentar di RnR Dengkil dulu. Kali ni kitorang x lalu highway SgBesi, sebab dah boleh agak mesti jem punye. So kami lalu Kesas, dan turun kat Elit pulak.

:: Bob dok fikir nak makan ape ::

:: saya amik soto nasi...sedap gak ::


:: perot kenyang, ati pon senang ::


:: sampai ke pekan Tangkak ::
(trademark Tangkak la kan kedai kain sepanjang jalan)



:: sile fokus pengapit pengantin perempuan itewww ::
Ye, tetiba saye di request untuk jadi pengapit emergency..adeii.. Sepatotnye pengapit adalah adek perempuan pengantin. Entah mcm mane ada mis communication kut pasal warna baju. Tenguk2 pengapit lelaki pakai baju krim, pengapit pompuan tu pakai pink..memang clash la kan. Atas permintaan keluarga pengantin lelaki, dorang mintak saye lak jadi pengapit. Sebab dalam ramai2 ahli keluarga kitorang yang datang ni, warna baju saye paling nak dekat..hehe
Tapi yang syok tu mase pakcik kepada pengantin lelaki tu request, saye cakap aje la..haishh segan pakcik, nnti org cakap dah kawin pon ada ati nak jadi pengapit. Pakcik tu leh buat muka terkejot2 pulak, die x sangka aku dah kawin, nampak anak lale nak carik jodoh..hua hua hua..Pakcik..u make my day la.. ;p

:: korang muak x tengok gambar saye aje?ape nak buat, tukang pegang kemere asben saye..muehehe ::


:: saje nak test amek gambo muncung2, sile jgn muntah ::

Lepas aje kenduri, kami pon konvoi dengan keta Abah balek ke JB..rendu sgt JB..

Thursday, March 12, 2009

Birthday!!


Happy Birthday Papa!!


Hari ni birthday bapak mertue ku. Pagi2 tadi dah wish Papa siap2 dah. Mama call ajak dinner, juz the 4 of us - Papa, Mama, Artikah and Me. Tapi x larat la nak balik Keramat lepas keje tadi. Esok lepas kerja la kut. Biasanye esok hubby lepas sembahyang Jumaat die dah balik KL. Leh belanja Papa dinner esok aje. Nak belanja kat mane eh?Ideas?



Nota: Bulan March ni banyak tol birthday family hubby ni. Include hubby sendiri 18hb ni. Hari ni Papa, nnti 16hb ni Ameera, adek ipar ku..huhu

Tuesday, March 10, 2009

Kenduri Fatin Edura & Yani

As promised, ini dia gambar2 sepanjang kenduri kahwin sepupu saya, Dura di Banting. Kami dah mula berkampung di Banting hari Jumaat pagi lagi. Mula2 pergi ber4 aje dengan Mama, Abah, dan Ucu. Hubby dgn Bob datang belah petang, sebab Bob dapat amik half day aje.

:: Perbincangan kali terakhir sebelum majlis ::

:: bilik pengantin dan hantaran ::


Majlis akad nikah petang tu start dlm pukul 4 ptg. Majlis berlangsung dengan lancar, walaupun hujan kat luar tu lebat bagai nak rak..Agaknye pengantin perempuan ni terlupe nak baling baju tdo atas bumbung rumah,hikhik..


:: Abah saya jadi wakil keluarga pengantin perempuan, kira sistem barter la. Dulu saya kawin, chik Zain yang jadi wakil ::


:: Hantaran putih dari pihak perempuan, dan purple dari pihak lelaki ::



:: setelah sah dinikahkan, acara menyerah mas kahwin dan membatal air sembahyang ::


:: Gambar tuan blog harus la ada kan ::


Malam tu ada majlis berinai pulak. Sebelum tu ada la buat bacaan yasin, doa selamat and marhaban. Selalu majlis berinai ni buat untuk sedare mare aje kan, tapi kat area sini lain pulak caranye. Ramai sgt malam tu, rupanye makcik cakap org2 yang datang malam tu org yang x dapat datang mase hari langsung esok tu. So org yang dah datang malam ni, esok x yah datang..boleh la pegi kenduri rumah org lain pulak..baru la paham. Dah la bawak baju x byk, so x bersalin la dari petang sampai malam. Kalau tau ramai nak datang, confirm dah bawak baju lawa2 skit..kehkeh..

:: Kijam kan, sepupu2 saya request untuk amik gambar khas bagi yang masih bujang sahaja. Dengan muka tebal tepakse saya bangun dan jadi tukang amik gambar aje..Tapi sebab kesiankan saya, makcik saya kemudiannye suruh saya dan hubby ikut serta kemudiannye. Haha...berjaya jugak enterprem. Tapi dalam kemere photographer la, siap video lagi. Tengok2 kakLeen still special la korang..kakaka ::

:: kami menggedik satu family, Abah entah hilang di mane mase ni..Dok sembang agaknye ::

Esoknye, hari Sabtu Majlis Bersanding pulak. Rombongan pengantin lelaki sampai ter awal dari di rancang. Plannye pukul 130..pukul 1245 dah sampai kat simpang rumah. Tengok langit dah mendung. Rombongan lelaki mintak di awalkan takut kang tetiba hujan pulak. Kompang bunyi aje, dan2 hujan..Nasib mule2 tu hujan ala2 rintik aje. Tapi bile pengantin masuk rumah aje, berderaii..haha. Nasib korang la, tu la kak Leen dah cakap pi baling baju,degil..takmo caya cakap org tue..hikhik

Antara tetamu yang hadir adalah family in-law saya - Mama,Amy yang hamil 6bulan, Artikah, dan Papa (err dapat kepale aje) ekeke sorry Pa.. ;p


:: Nampak x jari Ucu Lina? grrr.. ::

:: Abah dan Ucu Lina. Ucu adalah adik Abah saya paling bongsu, dan merupakan tunggal perempuan dalam adik beradik. Ramai cakap saya ikut muka Ucu..betul ke? ::


:: Dari kiri: Hubby, Abah saya, Ami (Abg Abah saya), Nabil (sepupu saya), dan Adik saya ::


:: tembun kah pipi ku?::

:: Saya terjebak dengan golongan kanak2 ribena ini - sepupu dan anak2 saudara. Yeee, saya dah termasuk dlm ketegeri makcik. Anak sedara paling tua sedang menunggu result SPM. Sape panggil saya makcik Leen memang kene la. Saya wajibkan mereka panggil saye Aunty Leen Cantek ok ::


:: Parents saya dan pengantin ::

:: My familia ::

:: Sebahagian dari keluarga besar saya, yang lain sibuk di luar rumah ::



Nota : Leen/Elleen adalah panggilan saya semase kecik, hehe..Adik ipar saya geli geleman bile dengar org panggil saya Leen..katenyee..cehh