Monday, May 25, 2009

Its All About Him

:: Fareez mucuk lom mandii ::


:: Fareez takmo mandi ::


:: Fareez sejuk la ::



My Dearest Fareez dah sihat!! Alhamdulillah, last Saturday Doc kasi Fareez balik rumah dah. Auntie Hanney die terus datang rumah Keramat dengan x rakusnya. Dapat dukung Fareez, tapi tak boleh kiss Fareez..sob sob. Doc cakap maybe hari tu kene demam panas sbb berjangkit dengan visitors yang datang melawat x henti2 kat rumah. So to prevent from berjangkit lagi, Doc x kasi tetamu yang datang dukung2 Fareez, cium lagik la takleh. Hanya family terdekat aje boleh. As his Aunty Wa, harus la boleh dukung kan. Tapi takleh kiss. Even his mommy and daddy pon takleh kiss. Takper, tunggu dah sihat betul2 Aunty Wa geget die..!!




:: Fareez syok eh tdo dengan Aunty Wa die..alolo ::


:: The future Father to be? aminn ::


Yellow Cab Pizza


Nampak sedap x? Memang super yummy~licious tauu!! U guys should try. Compare to Pizza Hut, i prefer Yellow Cab..hehe..Tapi franchise die x banyak lagi kat KL ni. Yang ada sekarang ni 3 je, kat depan Ampang Putri, kat Dang Wangi (exit elevated highway) and kat Subang (Taipan kut). Diorang ada delivery, tapi ada kawasan2 tertentu aje diorang hantar. Kalau jauh sgt tu diorang x hantar la kan. Diorang ada several sizes, ada 10",14" and 18". Yang 18" tu besar gilerr...cam rim kereta..haha..Yang dalam pic tu 18" punye, ye la kat Keramat kan meriah sikit. Amik la besar2..Yummyyyyyyyyy!!


Friday, May 22, 2009

Warded


Baby Fareez masuk hospital semalam, demam panas..sob sob.. I juz cannot imagine. Kesian dia kene drip masuk air tru his tiny hand. Pity my baby boy...sob sob.. Esok aunty datang ye Fareez. Hope esok Fareez dah balik rumah.

Bulan Kelahiran & Sifat Anda

Korang pernah try kan Quiz yang berlambak2 dalam Facebook tu? Pada yang ada facebook tau la kan..Yang takde facebook, err korang buat la akaun Facebook, nnti korang paham la..hehe

So tadi saje la try yang ni. Result untuk July:

JULAI
* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja


Memangggggg betul!! tapii yang xbest yang mudah gemuk kalau x diet tu..haishh



And for Hubby:

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


lawak2...cam pompuan lak. tapi actually kan, bila fikir balik. Hubby memang suka berkemas. Dia x sker rumah sepah2 ni, kadang2 die yang kemas rumah..haha..Tq Beebee

Topik Mak2, dan untuk tatapan 18tahun ke atas

Baru2 ni, terbace entry salah seorang rakan sekolah dulu. Amalan yang patot diikuti, dan yang perlu dielakkan semase dalam usaha untuk mendapat anak. Ini untuk tatapan aku aje, senang aku nak rujuk kalau aku lupe. Takyah la nak bukak blog kawan aku ni kalau nak refer2 nnti. Sape2 nak tumpang dialu2kan..



Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
  • Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar.
  • Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.
  • Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
  • Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;


Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

usaha dibuat dan yg agak menjadi ialah:

1)makan buah zuriat dari mekah

2)berdoa dgn sepenuh harapan

3)amal baca doa agar dikurniakan zuriat

4)baca doa sebelum bersama

5) bersetubuh dalam kain selimut

6)wife kena mandi berkembam

7)perkara 6 dan 7 ini jarang org moden buat tp penting sbb syaitan akan ganggu benih dgn keguguran dll

8)bersedekah dan buat baik dgn ibu bapa

9)makan vitamin

10)solat malam dan taubat kpd Allah

Kesimpulan: Banyaknye yang aku x praktikkan..minum susu?tepakse aku tebalkan tekak pasni. Padahal aku dah penah beli susu Anmum dah ri tuh..2kali aje aku bancuh, pastu aku buat2 lupe....Coke?Junkfood?Jeruk?Fastfood?Burger?Nugget?Vitamin?Amalan yang baik2 lagik la aku sll keciciran..sob sob

p/s: Kawan aku kan, baru2 ni melahirkan anak ke 3 beliau..Aku x tertekan, korang tertekan x? Aku tetibe perasan, org dah anak 3, aku satu pon belum..adeii...

Wednesday, May 20, 2009

Confession of a shopaholic-part 2

Sequel from COAS the movie..haha.. Memang sedia maklum, saya sememangnye takboleh dan tak dibenarkan untuk keluar berseorangan. Sebab pasti akan berlaku pembaziran,hehe..


Date: 20 May 2009
Time: 1pm - 7.30pm
Venue: Sg Wang Plaza




Hasilnya saya beli:
1) dvd "Samantha Who- Season 1" cost RM20
2) mosturizer Avene and lip balm from Guardian and few more -RM97
3) 2 cekak rambot from Camelon, each RM 3.90
4) 2 blouses that cost me RM52
5) 1 dress cost RM25
6) 1 pair of earing yang bling2 -RM19



AND



trim dan treatment rambot di salon kegemaran..erkk, tetibe menyesal sebab rambot dah pendek skit..hmm sempat x nak panjang balik mase raye??


Friday, May 15, 2009

Cuteness

iskk yang ni auntie hanney x ajar tau...
umur x sampai 24jam lagi dah pandai eh..
ikut mommy die la ni muncung2 ni...
comeyyyyy!!



Thursday, May 14, 2009

Fareez Iskandar

::Hello World!! ::


::The Happy Faces ::


Mohammad Fareez Iskandar telah dilahirkan pada 14May 2009, jam 1051 am di Hospital Ampang Puteri. Bayi seberat 3.42kg ini sesungguhnya amat2 dinantikan oleh kami sejak awal lagi. Alhamdulillah, semua selamat. Ibu dan bayi keduanya sihat, sempurna. Tahniah kepada the new Mummy and Daddy, Ameera dan Rosli. Welcome to parenthood!!



A lot more photos coming up!!

Special Announcement


I am officially an 'auntie' to my 1st nephew today at 11 am..Alhamdulillah semua selamat. Saya akan ke Ampang Puteri Hospital sekejap aje lagi. Gambar akan di upload kemudian.

Menunggu penuh debaran

Its 3.00 am


Tadi baru je my SIL, Amy called.. live from Ampang Puteri labor room..Oh my, air ketuban dia dah pecah. So anytime die akan give birth to my 1st nephew. I'm so happy, sebab die inform me first instead of her mother..haha..die dah panic la tu, x tau nak call sape dulu.
Ok my Dear Baby Boy..come to Auntieeeee!! I'm sure I will spoil u the most..hehek..


Monday, May 11, 2009

Mari Bergambar

Semalam, sampai jugak hajat kami nak menambah gadjet yang sedia ada. Plan tahun lepas nak beli, tapi sebab dah nak kawin mase tu..Simpan la duit, beli jenis yang murah je. Tahun ni rezeki murah, kami dapat la merasa mempoyokan diri dengan gadjet terbaru ni. Dapat jugak kami rembat lense tambahan. Stimm je dengar bunyik 'klik' mase amik gambar. Tengok gambar pon puas hati. Berbaloi la penantian selame ni. lepas ni panjang ler langkah kami. Tiap2 minggu mesti rasa nak berjalan, bleh amik2 gambar..haha..
Another few more days kitorang akan dapat anak sedara baru. Mesti baby tu la model paling comel nnti. Lepas ni korang tengok la gambar baby tu je penuh lam blog ni..ekeke ;p




Nota: Lepas ni tengok la gambar aku sumer cam professional amik..ekeke

Sunday, May 10, 2009

Bubba Gump

Semalam, balik kerja terus bersiap2. Malam ni akan spend the night berjimba2 dengan adek ipar and her husband. Tapi takde la berjimba sgt, juz a dinner lepas tu movie. Sekarang nak berjimba2 susah sikit, ye la mak buyung tu anytime je dah boleh nak beranak,hehe.. Yeayyy, nak dapat anak sedare yang pertama.

So kitorang decided nak dinner kat Bubba Gump kat The Curve. This is our 1st time here, and 2nd untuk Rosli n Amy. The food memang tasty, banyak choice jugak. Atleast menu die lain sikit from Chilis n TGIF. Waiter die pon friendly. Price macam Chilis n TGIF jugak.


Lepas dinner, kitorang jalan ke Cineleisure. Siang tu diorang dah book nak tengok Star Trek. The movie memang awsome, memang best. If sape2 minat cerita2 macam tu boleh tengok. Takkan menyesal.


TGIF

Sesi makan2 kat TGIF Sunway Pyramid



Saturday, May 9, 2009

Meh baca

Baru2 ni, terbaca satu artikel dari paper Kosmo Online.


Menanti detik bergelar ibu
Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIFizyanliyana.mdarif@kosmo.com.my


Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan seorang cahaya mata, namun kesabaran dan usaha yang bukan sedikit akhirnya membuahkan hasil.


'APABILA bayi saya berumur lima bulan, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah menjadi ibu. Tapi, apabila melihat perkembangan Muhammad Hazizi yang sudah pandai merangkak, baru saya sedar bahawa saya adalah seorang ibu.

"Selepas bersalin barulah saya merasa pengalaman menjadi seorang ibu. Bangun malam, tukar lampin dan menyusu. Jika dulu kalau membeli-belah hanya untuk diri sendiri, sekarang saya lebih memikirkan untuk anak," luah Sofiah Hanim Ahmad Anuar.

Hari ini, Sofiah Hanim, 35, antara wanita yang paling bahagia. Selepas hampir lebih sepuluh tahun menjadi isteri kepada Baharuddin Abdul Rahman, 39, Tuhan akhirnya memenuhi impian mereka bergelar ibu dan bapa kepada seorang bayi lelaki. Kelahiran Muhammad Hazizi memberi sinar baru dalam hidup Sofiah yang kini bergelar ibu.

Tidak dikurniakan cahaya mata adalah antara ujian dan dugaan yang ditempuhi oleh ramai pasangan yang berkahwin.

Seperti pasangan lain, baik Sofiah Hanim mahupun suaminya, mereka juga dilontar dengan pelbagai sindiran hanya kerana tidak memperoleh cahaya mata. Peringkat awal, Sofiah sedikit pun tidak peduli dengan cakap-cakap orang di sekeliling.

"Pada mulanya saya tidak peduli pun dengan cakap-cakap orang keliling. Biarpun, hakikatnya hati menahan sebak.


"Ramai yang tidak faham, seolah-olah saya dan suami menolak kehadiran cahaya mata. Sedangkan, dalam tempoh tersebut bukan sedikit rawatan dan ikhtiar yang kami lakukan," luah Sofiah

Keinginan untuk menimang cahaya mata tidak pernah padam. Naluri untuk menjadi seorang ibu dan bapa sentiasa membara. Justeru, tiga tahun selepas perkahwinan, Sofiah dan suaminya berjumpa doktor.
Mengimbas segala usahanya bersama suami, Baharuddin Abdul Rahman, 39, mereka berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan di salah sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor selepas tiga tahun berkahwin.
Sofiah mula bingung kerana dalam tempoh tiga tahun menjalani rawatan belum ada tanda-tanda dia akan hamil. Kosnya juga mencecah hampir RM10,000. Tapi bukan wang yang menjadi isu, sebaliknya penantian selama tiga tahun itu juga satu penyeksaan bagi Sofiah.


"Saya kemudian merujuk ke sebuah hospital di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Doktor memberitahu saya mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, manakala sperma suami bermasalah, penemuan tersebut memberi saya sedikit harapan," ujar Sofiah ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Petaling Jaya.


Namun, setelah lima tahun berulang alik harapan Sofiah masih samar-samar. Dalam tempoh itu juga, Sofiah yang bertugas sebagai pembantu akaun di Proton Edar, Subang Jaya, Selangor turut mendapatkan pelbagai rawatan tradisional.

Hampir setiap ceruk kampung dan bidan ditemuinya. Malah, dia juga mengunjungi Pulau Dayang Bunting, di Langkawi yang kononnya, sesiapa yang minum air di pulau tersebut kebarangkalian mendapatkan anak amat cerah.

"Kami juga sanggup minum air kolah dari tujuh buah masjid yang berbeza untuk mendapat berkat. Namun, semuanya tidak berhasil.

"Melihat orang lain bahagia menyambut Hari Ibu bersama anak-anak, saya pula menangis di sisi suami," kata Sofiah sebak.

Namun, perasaan untuk menjadi ibu mengatasi segala-galanya. Tidak pernah kenal putus asa, kali ini dia ke klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

"Harapan untuk mendapat anak semakin terbuka apabila klinik LPPKN mencadangkan rawatan permanian beradas (IUI)," ujar Sofiah.

Namun, seminggu sebelum menjalani rawatan tersebut, mereka menghadapi masalah dengan pihak LPPKN.
Dalam kesedihan mengenang kegagalan demi kegagalan, Sofiah kemudiannya tertarik dengan satu iklan pemakanan produk Biodex Program Kehamilan. Tanpa menaruh harapan tinggi Sofiah tetap mencuba set pemakanan itu


"Selepas tiga bulan, saya terpaksa menghentikan pengambilannya kerana harganya yang agak mahal," tambahnya.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu berat badan Sofiah semakin hari semakin bertambah. Namun, dia tidak begitu ambil peduli kerana menyangka ia kesan daripada pemakanan produk tersebut.

Hinggalah pada 15 April 2008, perutnya seperti rasa ditendang sesuatu dari dalam. Pelik dengan perubahan itu, dia cuba melakukan ujian kehamilan. Kit ujian kehamilan menunjukkan sesuatu yang positif.

Tempoh penantian selama 11 tahun menyebabkan tidak semudah itu Sofiah mempercayainya. "Rosak agaknya kit ini," ujar Sofiah kepada suami yang kemudiannya membeli sebuah lagi kit baru.


Apabila kit baru juga menunjukkan keputusan yang sama, kali ini mereka segera bertemu doktor.
Alangkah terkejutnya apabila doktor mengesahkan kandungannya sudah masuk lima bulan.


"Kehadiran Muhammad Hazizi kini melengkapkan rumah tangga kami. Tangisan dan gelak ketawa Hazizi begitu menemteramkan jiwa saya dan suami.

"Inilah hadiah Hari Ibu yang paling bernilai sepanjang hayat," tutur Sofiah sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya yang kini sudah berusia 9 bulan.

Jika Sofiah terpaksa menunggu 11 tahun, dugaan penyanyi popular 80-an, Salwa Abdul Rahman, 44, juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi, bergelar seorang selebriti, pertanyaan mengenai cahaya mata tidak pernah putus daripada media dan peminat.


Kesimpulannye: Jangan cepat putus asa ye. Insyaallah setiap yang berlaku ada hikmahnye. Setiap org akan dapat his/her moments. Allah tu Maha Adil, setiap org akan dapat rezki dariNya. Lambat dengan cepat je.

Oleh itu, sila jgn tanye aku banyak2 dah lepas ni. Cuma doakan la yang tebaik buat kami.

Friday, May 8, 2009

Sesi memuji



Entry ni special untuk memuji2 my Beebee yang nun di Lumut sinun. Wahh dah maju skang eh Bee, haha.. Nak bagitau kat korang ni. Hubby saye telah dengan se kreatif yang mungkin tolong mengcompile kan gambar2 semasa kami menyambut hari Anniversary hari tu.
Tq Beebee..Lepas ni rajin2 buat selalu. I malas nak buat benda2 gini..haha ;p

Monday, May 4, 2009

Cerita Penang

Dah agak berkurun baru terasa nak update..hehe... ;p

Baru2 ni kami berdue pergi jalan2 ke Penang. Kenape Penang?hmm..saje je. Last pergi Penang mase sekolah rendah, bercuti dengan family. Tahun lepas ada jugak pi Penang, sebab amik flight untuk balik JB. Tahun lepas kan beraye di Alor Star, takde flight ke JB.
Kami berdue amat teruja denga percutian kali ni. Mungkin sebab jarang2 skali kami dapat bercuti berdue je. Selalunye mesti dengan family,hehe..

:: Giliran saye untuk memandu ::

Kitorang bertolak dari Kinrara dalam pukul 930 pagi. Lebih kurang pukul 1230 kami sampai Penang. Ngam2 untuk lunch. Hubby terus drive ke Nasi Kandar Line Clear yang famous iteww..


:: Penang Bridge yang x habis2 dengan construction dari tahun lepas rasenye ::



:: Oleh sebab kami bukan org Penang, GPS memang amat2 berguna untuk kami explore satu Penang ::


:: Nasi Kandar Line Clear yang sedap itu ::

Lepas lunch kitorang pon gerak ke hotel. Drive slow2 je, sambil menikmati pemandangan bandar Penang.


Dan tetibe di satu persimpangan trafic light, saye tertoleh di sebelah kiri saye..

:: Taraaaaa...!! ::

Kawan2, tolong la ingat..walaupun rumah korang takde ampai baju ke ape..tolong jgn sidai di signboard tepi jalan raye yang besar ini.. Ini betul2 di tepi jalan tau, tanpa perlu zoom camera pon. Kami laki bini dok gelak sakan dalam kereta. Dah la trafic light tu merah lame jugak..haha.. Ini jalan ape ntah, lupe..tapi yang pasti jalan nak ke Feringgi tu.



Atas cadangan kawan2, kami sepakat nak menginap kat Bayview Beach Hotel. Mulanya kami nak duduk kat Hydro Majestic aje. Tapi kawan2 semua cadangkan Bayview aje atas pengalaman mereka. Lepas aje check in, kami bercadang untuk pusing2 Penang. Sempat jugak kami ke Queensbay, cuci2 mata. Dari Queensbay, kami ke Gurney Drive pulak untuk makan malam. Tapi hampa pulak, banyak gerai yang bukak. Mungkin sebab kami datang bukan mase weekend kut. Tapi ok la..dapat la makan pasembur. Selalu tengok je dalam tv..hehe

:: Queensbay Mall ::


:: Berlatar belakangkan Medan Selera kat Gurney Drive ::


Keesokkan harinye, bermula la aktiviti meng explore tempat2 menarik kat Penang ni. Seperti biasa lunch dulu kat Line Clear. Lepas dari tu kami ke Botanical Garden.



Puas bergambar2 kat sane, kitorang ke Bukit Bendera pulak. Nasib kami baik, sebab jalan2 bukan waktu cuti. Kalau x mesti ramai, susah nak jalan2 pulak kan.

Ingat sekejap je kat Bukit Bendera, rupanye banyak jugak mase kami dihabiskan kat sane. Ye la, sementara train tu nak naik atas je dah stengah jam. Dari Bukit Bendera kami pusing Penang lagi. Tak yah sebut la kan, banyak sgt tempat..hehe

Untuk makan malam, Papa suruh kitorang makan kat Tari Cafe. Tak tau la Tari Cafe ni famous ke x dikalangan org2 Penang. Tapi kalau family hubby, diorang sll makan kat sini. Tari Cafe ni mula2 dulu PakTeh hubby yang jumpe. Dia pernah duduk Penang beberapa tahun, so kalau family hubby datang Penang, diorang mesti bawak datang Tari Cafe ni. Ape yang specialnye? MEE UDANG!!
:: Mangkuk ni besar tau, sebesar muka saya..memang sedap!! Amat berbaloi membayarnye ::

:: Tari Cafe ni kedai biasa aje. Hanya buka pada waktu malam. Diorang ada jual burger, sedap. ::


Esoknye pulak, kitorang pergi ke Toy Museum. Ye la, ini pon sebab terpengaruh tengok dalam tv jugak..hehe
:: Kat handphone pon ada gps jugak, so takde la sesat2 dah.. ::





Lepas dari Toy Museum, kami ke Chowrasta nak beli jeruk2 tu. Bawak la skit buah tangan untuk family kat KL and JB. Kemudian kami check out dari hotel. Dah nak balik ke KL, rasa sekejap sgt cuti2 ni. Bile dah nak balik KL terus rasa utak serabut balik. hmmmm..Rasa macam takmo dok KL dah.

:: Tahun depan datang Penang boleh duduk sini pulak ::