Monday, May 4, 2009

Cerita Penang

Dah agak berkurun baru terasa nak update..hehe... ;p

Baru2 ni kami berdue pergi jalan2 ke Penang. Kenape Penang?hmm..saje je. Last pergi Penang mase sekolah rendah, bercuti dengan family. Tahun lepas ada jugak pi Penang, sebab amik flight untuk balik JB. Tahun lepas kan beraye di Alor Star, takde flight ke JB.
Kami berdue amat teruja denga percutian kali ni. Mungkin sebab jarang2 skali kami dapat bercuti berdue je. Selalunye mesti dengan family,hehe..

:: Giliran saye untuk memandu ::

Kitorang bertolak dari Kinrara dalam pukul 930 pagi. Lebih kurang pukul 1230 kami sampai Penang. Ngam2 untuk lunch. Hubby terus drive ke Nasi Kandar Line Clear yang famous iteww..


:: Penang Bridge yang x habis2 dengan construction dari tahun lepas rasenye ::



:: Oleh sebab kami bukan org Penang, GPS memang amat2 berguna untuk kami explore satu Penang ::


:: Nasi Kandar Line Clear yang sedap itu ::

Lepas lunch kitorang pon gerak ke hotel. Drive slow2 je, sambil menikmati pemandangan bandar Penang.


Dan tetibe di satu persimpangan trafic light, saye tertoleh di sebelah kiri saye..

:: Taraaaaa...!! ::

Kawan2, tolong la ingat..walaupun rumah korang takde ampai baju ke ape..tolong jgn sidai di signboard tepi jalan raye yang besar ini.. Ini betul2 di tepi jalan tau, tanpa perlu zoom camera pon. Kami laki bini dok gelak sakan dalam kereta. Dah la trafic light tu merah lame jugak..haha.. Ini jalan ape ntah, lupe..tapi yang pasti jalan nak ke Feringgi tu.



Atas cadangan kawan2, kami sepakat nak menginap kat Bayview Beach Hotel. Mulanya kami nak duduk kat Hydro Majestic aje. Tapi kawan2 semua cadangkan Bayview aje atas pengalaman mereka. Lepas aje check in, kami bercadang untuk pusing2 Penang. Sempat jugak kami ke Queensbay, cuci2 mata. Dari Queensbay, kami ke Gurney Drive pulak untuk makan malam. Tapi hampa pulak, banyak gerai yang bukak. Mungkin sebab kami datang bukan mase weekend kut. Tapi ok la..dapat la makan pasembur. Selalu tengok je dalam tv..hehe

:: Queensbay Mall ::


:: Berlatar belakangkan Medan Selera kat Gurney Drive ::


Keesokkan harinye, bermula la aktiviti meng explore tempat2 menarik kat Penang ni. Seperti biasa lunch dulu kat Line Clear. Lepas dari tu kami ke Botanical Garden.



Puas bergambar2 kat sane, kitorang ke Bukit Bendera pulak. Nasib kami baik, sebab jalan2 bukan waktu cuti. Kalau x mesti ramai, susah nak jalan2 pulak kan.

Ingat sekejap je kat Bukit Bendera, rupanye banyak jugak mase kami dihabiskan kat sane. Ye la, sementara train tu nak naik atas je dah stengah jam. Dari Bukit Bendera kami pusing Penang lagi. Tak yah sebut la kan, banyak sgt tempat..hehe

Untuk makan malam, Papa suruh kitorang makan kat Tari Cafe. Tak tau la Tari Cafe ni famous ke x dikalangan org2 Penang. Tapi kalau family hubby, diorang sll makan kat sini. Tari Cafe ni mula2 dulu PakTeh hubby yang jumpe. Dia pernah duduk Penang beberapa tahun, so kalau family hubby datang Penang, diorang mesti bawak datang Tari Cafe ni. Ape yang specialnye? MEE UDANG!!
:: Mangkuk ni besar tau, sebesar muka saya..memang sedap!! Amat berbaloi membayarnye ::

:: Tari Cafe ni kedai biasa aje. Hanya buka pada waktu malam. Diorang ada jual burger, sedap. ::


Esoknye pulak, kitorang pergi ke Toy Museum. Ye la, ini pon sebab terpengaruh tengok dalam tv jugak..hehe
:: Kat handphone pon ada gps jugak, so takde la sesat2 dah.. ::





Lepas dari Toy Museum, kami ke Chowrasta nak beli jeruk2 tu. Bawak la skit buah tangan untuk family kat KL and JB. Kemudian kami check out dari hotel. Dah nak balik ke KL, rasa sekejap sgt cuti2 ni. Bile dah nak balik KL terus rasa utak serabut balik. hmmmm..Rasa macam takmo dok KL dah.

:: Tahun depan datang Penang boleh duduk sini pulak ::

8 comments:

'D' said...

apsal i x taw tempat2 ni kat penaaang??? hahahahaha

~LIZA~ said...

bestnya gi penang :D now i baru teringat yg i dah lama tak mkn nasi kandar. ish!

Anonymous said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhh.. coti2 mesiaa.. sampai ati xbwk aku.. sob sobbss..

fawa (: said...

nanti datanglah kedah pulak kitkat, hik

AbdulWaheeD said...

huhhh x ajak pun g penang..
mencikkkkkkkkkkkkkkk

Hanney Hanafiah said...

Rini,
Haha...takleh panggil org penang la camni ;p


Liza,
Ajak la ur hubby pegi, layan nasi kandar sane.Kalah nasi kandar pelita..best!


Aryana,
kalau bawak ko nnti aku kene jadi babysitter lak..haha

Hanney Hanafiah said...

kitkat,
ehek kedah setaun pi gak la 2,3 kali..balek kampong.


AE,
mane leh ajak ko..wat kaco daun je..haha

mardya ramlee said...

behnyerrrrrrrr...
dakni dak kdah pong da lama xturon penang...huhuhu

~F