Hanya ingin berkongsi cerita je ni.. Setelah lame diperap sekian lama, baru ada kekuatan nak cerita kat sini. Gambar kat Awana tu di ambil minggu ke-2 Ramadhan. Kami berbuka puasa kat sana, memang tradisi la kut berbuka puasa dengan kawan2 rapat kat sana. Tapi bukan nak cerita pasal berbuke puasa tu. Perasan x dalam gambar tu saya gemuk?Mulanya x perasan jugak, tapi bile ramai yang tego..A'ah la, saya memang gemuk. Untuk pengetahuan semua, masa ni saya mengandung 2bulan. Sepatutnye takde la ketara sgt, tapi dalam gambar ni ketara pulak. Boleh la jugak dibuat kenangan..hehe..
Tapi bukan rezeki saya agaknya, mengandung pun x lama. Selepas seminggu (4 Sept) saya keguguran. Menurut dokter mungkin sebab saya memang takboleh penat ataupon punca paling common adalah disebabkan baby yang saya kandung tu tidak sempurna (Abnormal Fetus Development). Dengan kuasa tuhan, baby tu gugur dengan sendirinya.
Mula2 memang sukar untuk kami terima, ye la..ni kan yang pertama. Tapi bila fikir2 balik takper la kan. Tuhan tu Maha Penyayang, Dia taknak kami lagi sedih kemudian hari bila baby tu lahir dan tak sempurna.
Ni masa menunggu dokter kat Ampang Puteri. Muke org sakit, tapi still nak bergambar jugak.. ;p
Dapat la mc lama sikit..hehe
Tempoh berpantang..memang comot habis, takde mood pon nak melawa2 ni ;p
Eh nak kongsi tu je.
Nak tulis detail2 pon xreti.
Hati masih teringat2 je..



.jpg)




