Monday, May 25, 2009
Its All About Him
pot pet by Hanney Hanafiah at 2:32 PM 18 comments
Yellow Cab Pizza
pot pet by Hanney Hanafiah at 2:16 PM 12 comments
Friday, May 22, 2009
Warded
pot pet by Hanney Hanafiah at 5:21 PM 4 comments
Bulan Kelahiran & Sifat Anda
Korang pernah try kan Quiz yang berlambak2 dalam Facebook tu? Pada yang ada facebook tau la kan..Yang takde facebook, err korang buat la akaun Facebook, nnti korang paham la..hehe
So tadi saje la try yang ni. Result untuk July:
Memangggggg betul!! tapii yang xbest yang mudah gemuk kalau x diet tu..haishh
And for Hubby:
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
pot pet by Hanney Hanafiah at 5:10 PM 4 comments
Topik Mak2, dan untuk tatapan 18tahun ke atas
Baru2 ni, terbace entry salah seorang rakan sekolah dulu. Amalan yang patot diikuti, dan yang perlu dielakkan semase dalam usaha untuk mendapat anak. Ini untuk tatapan aku aje, senang aku nak rujuk kalau aku lupe. Takyah la nak bukak blog kawan aku ni kalau nak refer2 nnti. Sape2 nak tumpang dialu2kan..
Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
- Makan burger dan nugget
- Makan jambu batu
- Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar.
- Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.
- Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
- Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).
usaha dibuat dan yg agak menjadi ialah:
1)makan buah zuriat dari mekah
2)berdoa dgn sepenuh harapan
3)amal baca doa agar dikurniakan zuriat
4)baca doa sebelum bersama
5) bersetubuh dalam kain selimut
6)wife kena mandi berkembam
7)perkara 6 dan 7 ini jarang org moden buat tp penting sbb syaitan akan ganggu benih dgn keguguran dll
8)bersedekah dan buat baik dgn ibu bapa
9)makan vitamin
10)solat malam dan taubat kpd Allah
Kesimpulan: Banyaknye yang aku x praktikkan..minum susu?tepakse aku tebalkan tekak pasni. Padahal aku dah penah beli susu Anmum dah ri tuh..2kali aje aku bancuh, pastu aku buat2 lupe....Coke?Junkfood?Jeruk?Fastfood?Burger?Nugget?Vitamin?Amalan yang baik2 lagik la aku sll keciciran..sob sob
p/s: Kawan aku kan, baru2 ni melahirkan anak ke 3 beliau..Aku x tertekan, korang tertekan x? Aku tetibe perasan, org dah anak 3, aku satu pon belum..adeii...
pot pet by Hanney Hanafiah at 4:43 AM 7 comments
Wednesday, May 20, 2009
Confession of a shopaholic-part 2
Date: 20 May 2009
Time: 1pm - 7.30pm
Venue: Sg Wang Plaza
Hasilnya saya beli:1) dvd "Samantha Who- Season 1" cost RM20
2) mosturizer Avene and lip balm from Guardian and few more -RM97
3) 2 cekak rambot from Camelon, each RM 3.90
4) 2 blouses that cost me RM52
5) 1 dress cost RM25
6) 1 pair of earing yang bling2 -RM19
AND
trim dan treatment rambot di salon kegemaran..erkk, tetibe menyesal sebab rambot dah pendek skit..hmm sempat x nak panjang balik mase raye??pot pet by Hanney Hanafiah at 9:52 PM 9 comments
Friday, May 15, 2009
Cuteness
umur x sampai 24jam lagi dah pandai eh..
ikut mommy die la ni muncung2 ni...
comeyyyyy!!
pot pet by Hanney Hanafiah at 11:08 AM 3 comments
Thursday, May 14, 2009
Fareez Iskandar
A lot more photos coming up!!
pot pet by Hanney Hanafiah at 11:39 PM 8 comments
Special Announcement
pot pet by Hanney Hanafiah at 11:32 AM 5 comments
Menunggu penuh debaran
Ok my Dear Baby Boy..come to Auntieeeee!! I'm sure I will spoil u the most..hehek..
pot pet by Hanney Hanafiah at 3:00 AM 1 comments
Monday, May 11, 2009
Mari Bergambar

Nota: Lepas ni tengok la gambar aku sumer cam professional amik..ekeke
pot pet by Hanney Hanafiah at 10:37 AM 8 comments
Sunday, May 10, 2009
Bubba Gump
So kitorang decided nak dinner kat Bubba Gump kat The Curve. This is our 1st time here, and 2nd untuk Rosli n Amy. The food memang tasty, banyak choice jugak. Atleast menu die lain sikit from Chilis n TGIF. Waiter die pon friendly. Price macam Chilis n TGIF jugak.
Lepas dinner, kitorang jalan ke Cineleisure. Siang tu diorang dah book nak tengok Star Trek. The movie memang awsome, memang best. If sape2 minat cerita2 macam tu boleh tengok. Takkan menyesal.pot pet by Hanney Hanafiah at 10:51 AM 5 comments
Saturday, May 9, 2009
Meh baca
Baru2 ni, terbaca satu artikel dari paper Kosmo Online.
Menanti detik bergelar ibu
Oleh IZYAN LIYANA MOHD.DARIFizyanliyana.mdarif@kosmo.com.my
Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan seorang cahaya mata, namun kesabaran dan usaha yang bukan sedikit akhirnya membuahkan hasil.
'APABILA bayi saya berumur lima bulan, saya masih tidak percaya bahawa saya sudah menjadi ibu. Tapi, apabila melihat perkembangan Muhammad Hazizi yang sudah pandai merangkak, baru saya sedar bahawa saya adalah seorang ibu.
"Selepas bersalin barulah saya merasa pengalaman menjadi seorang ibu. Bangun malam, tukar lampin dan menyusu. Jika dulu kalau membeli-belah hanya untuk diri sendiri, sekarang saya lebih memikirkan untuk anak," luah Sofiah Hanim Ahmad Anuar.
Hari ini, Sofiah Hanim, 35, antara wanita yang paling bahagia. Selepas hampir lebih sepuluh tahun menjadi isteri kepada Baharuddin Abdul Rahman, 39, Tuhan akhirnya memenuhi impian mereka bergelar ibu dan bapa kepada seorang bayi lelaki. Kelahiran Muhammad Hazizi memberi sinar baru dalam hidup Sofiah yang kini bergelar ibu.
Tidak dikurniakan cahaya mata adalah antara ujian dan dugaan yang ditempuhi oleh ramai pasangan yang berkahwin.
Seperti pasangan lain, baik Sofiah Hanim mahupun suaminya, mereka juga dilontar dengan pelbagai sindiran hanya kerana tidak memperoleh cahaya mata. Peringkat awal, Sofiah sedikit pun tidak peduli dengan cakap-cakap orang di sekeliling.
"Pada mulanya saya tidak peduli pun dengan cakap-cakap orang keliling. Biarpun, hakikatnya hati menahan sebak.
"Ramai yang tidak faham, seolah-olah saya dan suami menolak kehadiran cahaya mata. Sedangkan, dalam tempoh tersebut bukan sedikit rawatan dan ikhtiar yang kami lakukan," luah Sofiah
Keinginan untuk menimang cahaya mata tidak pernah padam. Naluri untuk menjadi seorang ibu dan bapa sentiasa membara. Justeru, tiga tahun selepas perkahwinan, Sofiah dan suaminya berjumpa doktor.
Mengimbas segala usahanya bersama suami, Baharuddin Abdul Rahman, 39, mereka berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan di salah sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor selepas tiga tahun berkahwin.
Sofiah mula bingung kerana dalam tempoh tiga tahun menjalani rawatan belum ada tanda-tanda dia akan hamil. Kosnya juga mencecah hampir RM10,000. Tapi bukan wang yang menjadi isu, sebaliknya penantian selama tiga tahun itu juga satu penyeksaan bagi Sofiah.
"Saya kemudian merujuk ke sebuah hospital di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Doktor memberitahu saya mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, manakala sperma suami bermasalah, penemuan tersebut memberi saya sedikit harapan," ujar Sofiah ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Namun, setelah lima tahun berulang alik harapan Sofiah masih samar-samar. Dalam tempoh itu juga, Sofiah yang bertugas sebagai pembantu akaun di Proton Edar, Subang Jaya, Selangor turut mendapatkan pelbagai rawatan tradisional.
Hampir setiap ceruk kampung dan bidan ditemuinya. Malah, dia juga mengunjungi Pulau Dayang Bunting, di Langkawi yang kononnya, sesiapa yang minum air di pulau tersebut kebarangkalian mendapatkan anak amat cerah.
"Kami juga sanggup minum air kolah dari tujuh buah masjid yang berbeza untuk mendapat berkat. Namun, semuanya tidak berhasil.
"Melihat orang lain bahagia menyambut Hari Ibu bersama anak-anak, saya pula menangis di sisi suami," kata Sofiah sebak.
Namun, perasaan untuk menjadi ibu mengatasi segala-galanya. Tidak pernah kenal putus asa, kali ini dia ke klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
"Harapan untuk mendapat anak semakin terbuka apabila klinik LPPKN mencadangkan rawatan permanian beradas (IUI)," ujar Sofiah.
Namun, seminggu sebelum menjalani rawatan tersebut, mereka menghadapi masalah dengan pihak LPPKN.
Dalam kesedihan mengenang kegagalan demi kegagalan, Sofiah kemudiannya tertarik dengan satu iklan pemakanan produk Biodex Program Kehamilan. Tanpa menaruh harapan tinggi Sofiah tetap mencuba set pemakanan itu
"Selepas tiga bulan, saya terpaksa menghentikan pengambilannya kerana harganya yang agak mahal," tambahnya.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu berat badan Sofiah semakin hari semakin bertambah. Namun, dia tidak begitu ambil peduli kerana menyangka ia kesan daripada pemakanan produk tersebut.
Hinggalah pada 15 April 2008, perutnya seperti rasa ditendang sesuatu dari dalam. Pelik dengan perubahan itu, dia cuba melakukan ujian kehamilan. Kit ujian kehamilan menunjukkan sesuatu yang positif.
Tempoh penantian selama 11 tahun menyebabkan tidak semudah itu Sofiah mempercayainya. "Rosak agaknya kit ini," ujar Sofiah kepada suami yang kemudiannya membeli sebuah lagi kit baru.
Apabila kit baru juga menunjukkan keputusan yang sama, kali ini mereka segera bertemu doktor.
Alangkah terkejutnya apabila doktor mengesahkan kandungannya sudah masuk lima bulan.
"Kehadiran Muhammad Hazizi kini melengkapkan rumah tangga kami. Tangisan dan gelak ketawa Hazizi begitu menemteramkan jiwa saya dan suami.
"Inilah hadiah Hari Ibu yang paling bernilai sepanjang hayat," tutur Sofiah sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya yang kini sudah berusia 9 bulan.
Jika Sofiah terpaksa menunggu 11 tahun, dugaan penyanyi popular 80-an, Salwa Abdul Rahman, 44, juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi, bergelar seorang selebriti, pertanyaan mengenai cahaya mata tidak pernah putus daripada media dan peminat.
Kesimpulannye: Jangan cepat putus asa ye. Insyaallah setiap yang berlaku ada hikmahnye. Setiap org akan dapat his/her moments. Allah tu Maha Adil, setiap org akan dapat rezki dariNya. Lambat dengan cepat je.
Oleh itu, sila jgn tanye aku banyak2 dah lepas ni. Cuma doakan la yang tebaik buat kami.
pot pet by Hanney Hanafiah at 6:05 PM 6 comments
Friday, May 8, 2009
Sesi memuji
Entry ni special untuk memuji2 my Beebee yang nun di Lumut sinun. Wahh dah maju skang eh Bee, haha.. Nak bagitau kat korang ni. Hubby saye telah dengan se kreatif yang mungkin tolong mengcompile kan gambar2 semasa kami menyambut hari Anniversary hari tu.
pot pet by Hanney Hanafiah at 4:04 PM 3 comments














